17 October 2010

FOREX

Tenung skrin, klik mouse, duit masuk dalam akaun. Silap haribulan pokai!!

04 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir batin diucapkan kepada semua pengunjung yang beragama Islam.

19 August 2010

Kata orang tua...

Kata orang tua, anak ayam yang bertenggek atas belakang ibunya itu jantan. Sejauh mana kebenarannya?...
Nota tambahan(17-10-10): Selepas 2 hari gambar ini dirakam, di malam yang sunyi dan hujan renyai-renyai, ibu ayam ini telah mati dimakan musang. Tinggallah 5 ekor anak yatim piatu yang kini telah membesar tanpa ibu.

16 August 2010

Batin terseksa

Tugas saya ambil gambar. Tapi bila ambil gambar begini saya rasa amat kecewa dan terseksa batin. Kualiti gambar hilang dek kerana latar belakang yang bercelaru. Dicadangkan supaya sediakan langsir khusus untuk tujuan ini, tidak ada siapa yang ambil kisah. Bukan banyak sangat habisnya. Lagi pun sekali buat boleh pakai sampai bila-bila.

10 July 2010

Macam-macam

Macam-macam jenis manusia. Ada yang pelahap. Makan tak kira orang lain. Biarlah orang lain tak dapat makan asalkan dapat penuhkan tembolok sendiri.
Ada yang masuk bakul angkat sendiri. Nak tunggu orang lain puji lambat, maka sendirilah puji diri sendiri. Hebahkan kepada khalayak yang dirinya bagus, cemerlang dan entah apa lagi.......... Kemudian syok sendiri.
Yang kaki bodek pula bila ada boss adalah dia menempel nak tunjukkan muka bahawa yang dia soranglah yang buat kerja.
Yang kaki menabur fitnah macam-macamlah cerita yang direka untuk memburukkan orang lain yang dia sendiri sedar bahawa dirinya lebih buruk dari orang yang difitnahkan. Untuk menutup keburukannya maka dilemparkanlah keburukan itu kepada orang lain. Tak pasal-pasal yang si betul bendul jadi mangsa.
Yang si boss pulak terima bulat-bulat tanpa usul periksa.
Ini lagi satu hal. Ada yang nak barang free. Tak tahu yang orang berhabis wang ringgit untuk menghasilkan sesuatu. Memang dasar kedekut. Tak tahu menghargai susah payah orang lain. Ingat oi.... masuk tandas pun kena bayar. Kalau tak nak bayar, kencing berak tepi longkang lah awak.
Itulah dunia hari ini.....

11 June 2010

Teman setia ku

Ini adalah antara teman-teman setia dalam aktiviti seharian ku. Mereka inilah yang menjadi penghibur ku.

1. Teman setia ketika di rumah

2. Teman setia ketika di perjalanan/outing

3. Teman setia ketika di kebun

4. Teman setia ketika di kelas. Aik?... Tidur? Bila kerja dah selesai, lebih baik tidur dari buat bising

Luahan rasa

Ini hanya sekadar luahan rasa....

Bila dah ada yang baru yang lama terus dipinggirkan. Tidak dibawa berbincang atau sekurang-kurangnya duduk bersama dari awal untuk mendapat maklumat. Sekurang-kurangnya bila ada masalah dapat diselesaikan bersama. Yang peliknya bila dah terjebak dengan masalah baru yang lama hendak dicari dan hendak diminta bantuan. Bila hati dah terkilan bercampur dengan sedikit merajuk jawapannya: Buatlah sendiri, saya tak tahu..... Macam mana saya nak tolong.

15 December 2009

Merenung Masa Depan ......

Dipaksa bekerja tanpa belas kasihan. Upah hanya diberi makan dan minum dan tempat tinggal yang seadanya tanpa kebebasan yang tidak tahu entah bila.

11 August 2009

Serba Boleh Jadi

Alat pemadam api yang disalah guna

Persediaan yang pelbagai ...... Serba boleh dan serba boleh jadi

07 August 2009

Sebahagian dari masalah harian

Saban hari ada sahaja perabot yang rosak samada memang ia rosak kerana sudah sampai masanya atau sengaja dirosakkan.
Masa Depan Anda Bermula Di Sini. Masa depan yang menuju ke arah mana? Arah yang bersimpang siur dan mengelirukan.
Guru yang inginkan anak didiknya berjaya.
Ibu bapa yang inginkan anaknya berjaya tetapi tidak mahu anaknya dipagari dengan peraturan-peraturan sekolah. Selalu menyalahkan pihak sekolah bila anaknya dikenakan tindakan disiplin.
Murid yang langsung tidak memikirkan masa depan dengan bertindak mengikut naluri sendiri.

Lubang pagar yang dibuat oleh pelajar yang ponteng bagi memudahkan mereka memboloskan diri. Berbagai cara telah dibuat oleh pihak sekolah untuk mengawal keadaan tetapi tidak menunjukkan hasil yang positif.

17 May 2009

Hujan

Dalam cuaca terang benderang tiba-tiba mendung dan hujan turun dengan lebat dan berpanjangan. Oleh itu berwaspadalah dengan keadaan cuaca pada ketika ini. Sentiasalah bersedia dalam setiap aktiviti harian kita.

Ikrar Hari Guru

Guru-guru SMK Panji sidang petang sedang melafazkan ikrar pada majlis sambutan Hari Guru pada petang 17 Mei 2009 di hadapan anak didik mereka yang menyaksikan majlis tersebut.

Anak didik hari ini jauh berbeza dengan anak didik beberapa dekad yang lalu. Mereka sudah hilang pertimbangan dengan tiada nilai-nilai diri oleh perubahan persekitaran dan peraturan yang telah dirancang oleh acuan ciptaan zaman ini. Peraturan yang menjurus kepada kemerosotan nilai-nilai disiplin diri yang tidak menghormati orang lain. Pendidikan zaman ini menitik beratkan kepada kecemerlangan akademik semata-mata dengan membelakangkan kecemerlangan sahsiah diri yang dikongkong oleh peraturan ciptaan zaman moden yang banyak dipengaruhi oleh pendidikan saikologi barat.

"SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru di seluruh negara dan "GAYU GURU GERAI NYAMAI" khusus kepada guru-guru di Sarawak.

Teringat semasa mengajar di Sarawak lebih 30 tahun dulu (dari 1974 hingga 1978)

14 March 2009

Tahukah Anda?....

Tahukah anda berapa kos yang digunakan bagi setiap snap/shot yang anda buat dengan kamera digital?

Untuk mengetahui kos yang terpaksa anda habiskan ialah dengan anda menggunakan bateri alkaline biasa. Berapa shot maksima yang anda boleh dapat dengan satu set bateri baru yang anda masukkan ke dalam kamera itu. Bahagikan jumlah harga bateri dengan bilangan shot yang anda dapat.

Ramai orang tidak tahu. Mereka hanya kata, "Alah.... snap saja, tak pakai filem pun!....."
Ada yang minta gambar tanpa bayaran. Mereka hanya berkata, "Alah..... tak berapa sen pun modal. Itu pun nak berkira."

Kalau begitu tak payahlah beli kamera mahal. Beli yang murah dengan mutu gambar yang lebih kurang saja.

Tapi bila kita nak ambil gambar, dia ni yang lebih-lebih bergaya. Pantang nampak orang angkat kamera, adalah muka dia.

28 February 2009

Kena suntik sampai terjelir lidah


Sakit ke? Sampai terjelir lidah kena suntik. Ada yang lari takut kena suntik.

23 February 2009

Makmal Komputer SMK Panji

Seronok dalam letih......
Penat juga mengajar IT kepada budak-budak ini. Lain yang disuruh lain pula yang dibuat. Disuruh layari internet kepada website tertentu tetapi game pula yang mereka main.
Ini Tingkatan 1 Iltizam (kelas ke 9 dari 10). Hebat juga mereka ya!..........

18 February 2009

Pameran Buku dan Anti Dadah


Pameran Buku dan Anti Dadah pada 18-02-09 di Dewan Sri Panji, SMK Panji

16 February 2009

Untuk Anak Didik



Pendidik, mendidik, dididik ada relatifnya.
Pelajar hari ini lebih pandai menilai dan cepat bertindak serta mudah meniru. Pandai-pandailah para pendidik mengatur strategi ....... Bukan setakat mendidik dengan kata-kata. Faham-fahamlah .....

09 February 2009

PhotoStitch


Anda tidak mempunyai lensa super wide angle untuk menghasilkan gambar seperti di atas. Dengan menggunakan program PhotoStitch anda boleh mencantum beberapa shot gambar yang meliputi kawasan yang dikehendaki dengan mudah. Gambar dicantum menghasilkan kecacatan yang kurang ketara.

03 February 2009

Kubu Tinggalan Perang Dunia Ke-2


Satu-satunya kubu yang masih tinggal tinggalan perang dunia ke-2 yang terletak di kawasan Pasar Simpang Tiga Pengkalan Chepa. Yang lainnya telah dimusnahkan kerana projek-projek pembangunan.
Pengkalan Chepa(Pantai Pak Amat) ialah tempat pendaratan pertama tentera Jepun semasa menyerang Tanah Melayu pada bulan Disember 1941.